Saturday, 30 November 2013

Kisah seorang Lukmanul Hakim dan kumpulan nasehat-nasehatnya.




to: Candra Lukmanul Hakim
Disebut dialam Al-Quran iaitu mengenai Luqman Al-Hakim. Seorang yang penuh dengan Hikmah dan Kebijjaksanaannya. Persoalannya ialah,  apakah beliau seorang Nabi atau Wali ? Hikmah yang dikurniakan oleh Allah swt kepada Luqman boleh kita lihat dari surah Al-Luqman, ayat 12:
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. “
Daripada fatwa yang disampaikan oleh Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr:

“Allah telah mengurniakan satu surah yang dinamakan atas nama Luqman. Kita dapat lihat firman Allah swt didalam ayat 12, surah Luqman: “DAN sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): “Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu)”.

Didalam ayat ini menyebut bahawa Allah swt telah mengurniakan kepada Luqman Hikmah khususnya didalam wasiat-wasiat beliau kepada anaknya dan kepentingan wasiat tersebut.
Terdapat beberapa perselisihan mengenai keturunan beliau, dan ia tidak mempunyai nas yang kuat.

Sebagai contoh dari riwayat Mohammad bin Ishaq :Dia adalah Luqman bin Baouraa’ bin Nahor bin Tarikh (Azar), anak saudara kepada Nabi Ibrahim.
Berkata Al-Sohailli : Beliau adalah Luqman bin ‘Anqa’ bin Saron, dimana beliau mempunyai keturunan dari Nabi-Nabi.
Berkata Al-Zamakhshari : Beliau adalah Luqman bin Baouraa’ , sepupu kepada Nabi Ayub, telah hidup selama 1,000 tahun sehingga ke zaman nabi Daud dimana beliau menerima ilmunya.
Berkata Al-Waaqadyu : Beliau merupakan seorang hakim Bani Israel dan
Berkata Sa’id bin Al-Mosaib : Luqman adalah kaum hitam dari keturunan Sudan Mesir.

Begitu juga terdapat perbezaan dari segi kemahirannya. Ada yang mengatakan Luqman sebagai Tukang Jahit, dan yang mengatakan Pencari Kayu, dan yang mengatakan beliau sebagai Gembala dan ada juga yang mengatakan beliau sebagai Tukang kayu. Dikatakan beliau seorang hitam, dua tapak kakinya ketak-ketak. Mempunyai bibir yang tebal dan kesemua cerita-cerita tidak mempunyai bukti atau dalil yang kuat. Apa yang penting ialah kita ingin tahu apakah beliau seorang Nabi, Wali atau Lelaki yang Soleh!

Yang dipersetujui keatasnya ialah beliau dikurniakan Allah HIKMAH. Wasiat dan keputusan beliau direkodkan didalam Al-Quran, dan majoriti ulama’ mengatakan bahawa beliau adalah WALI dan bukannya NABI kecuali Ikrimah mempercayai bahawa beliau seorang Nabi. Tetapi sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Qurthubi didalam menafsir surah Luqman, bahawa sesungguhnya beliau merupakan seorang yang bijak dengan Hikmah Allah swt.
Apa-apa yang sebenar berlaku (sejarah beliau) yang kita kemungkinan jahil(kurang pengetahuan) mengenainya tidak memberi kemudaratan keatas kita, dan apa yang mustahak ialah mengikuti sejarahnya (sirah) dan mengambil hikmahnya”
Kesimpulannya
Jumhur Ulama mengatakan beliau seorang Wali yang dikurniakan oleh Allah kebijaksanaan yang disebut sebagai hikmah. Apa yang penting ialah pengajaran yang beliau bawa yang menjadi pelajaran kepada manusia sejagat. Dengan kurniaan Hikmah dari Allah swt disitu beliau mendapat gelaran Luqman Al-Hakim. Antara wasiat – wasiatnya di dalam Al-Quran:
  1. Jangan sekali-sekali engkau mempersekutukan Tuhan. – (Luqman:13)
  2. Wasiat untuk berbuat baik kepada kedua Ibu-Bapa. – (Luqman:14)
  3. Jangan ikut seruan syirik – (Luqman:15)
  4. Ingatlah, bahawa manusia itu akan mati. – (Luqman:15)
  5. Tiada yang akan tersembunyi dari ilmu Allah. – (Luqman:16)
  6. Dirikanlah Solat. – (Luqman:17)
  7. Kerjakan yang baik, tinggalkan yang jahat. – (Luqman:17)
  8. Jangan suka menyombongkan diri. – (Luqman:18)
  9. Sederhana dalam perjalanan. – (Luqman:19)
  10. Rendahkanlah suaramu. – (Luqman:19)

Wasiat-wasiat Luqman dalam al-Qur’an (QS. Luqman: 13-19)

“13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang
besar”.
 
14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

16. (Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

18. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

Wasiat-wasiat Luqman lainnya:
Selain dalam ayat al-Qur’an, Luqman juga mempunyai banyak wasiat. Wahab bin Munabbih pernah menuturkan: “Saya membaca hikmah Luqman yang jumlahnya lebih dari 10 ribu bab”.
Di bawah ini penulis coba ketengahkan wasiat-wasiat Luqman lainnya yang tidak tercantum dalam al-Qur’an, akan tetapi sangat luar biasa kandungannya. Penulis mencoba memilih wasiat-wasiat yang dipandang lebih cocok.
Dalam bukunya Min Washaya al-Qur’an al-Karim (1/31-33), Muhammad al-Anwar Ahmad Baltagi, mengutip sebuah riwayat dari Malik bin Anas bahwasannya Luqman pernah menasehati putranya di bawah ini:

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya adalah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sadar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNya.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan Berharaplah selalu kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak mendurhakaiNya. Takutlah kepada Allah dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya karena tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rusak akhlaknya akan sentiasa banyak melamun hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi dari semua itu, yaitu manakala engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau menghadiri majlis perkawinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab hal itu akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkawinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu alangkah lebih baik apabila diberikan kepada binatang sekalipun.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
ingin terus menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah menyia-nyiakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, siapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandung racun, dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya karena sesungguhnya hati akan tentram mendengarkan nasihatnya, sehingga hati ini akan hidup dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya sebagaimana tanah subur yang disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau berteman dengan orang yang bermuka dua, karena kelak akan membinasakan dirimu



3 comments:

silahkan meninggalkan komentar anda disini, terima kasih..